Take Off dan Landing merupakan proses yang paling berbahaya bagi sesebuah pesawat. Oleh itu, lapangan terbang di bina dan direka untuk mengurangkan risiko yang mungkin terjadi semasa proses take off dan landing ini. Dalam entry kali ini dipaparkan tujuh lapangan terbang paling bahaya di dunia.
Hari ini MediaSerius ingin berkongsi mengenai 7 landasan lapangan kapal terbang yang paling bahaya di dunia:
Tempat Ke-7 : Lukla Airport (Nepal). Lapangan terbang yang popular sebagai permulaan trek untuk mendaki gunung everest. Lapangan terbang ini mempunyai gunung yang besar pada hujung treknya.
Tempat Ke-6 : Madeira Airport (Madeira). Mempunyai landasan yang pendek. Landasan dibina dengan sokongan 180 batang tiang dan memenangi “Outstanding Structure Award”.
Tempat Ke-5 : Barra International Airport (Barra).Kapal terbang perlu mendarat di pantai. Merupakan satu-satunya lapangan terbang yang memerlukan kapal terbang mendarat di pantai.
Tempat Ke-4 : Gustaf III Airport (st. Bart).Mempunyai landasan pendek yang berakhir dengan pantai.
Tempat Ke-3 : Courchavel (France). Courchevel adalah nama tempat bermain ski di pegunungan Alps, Perancis. Airport ini memiliki beberapa keunikan seperti pendeknya landasan yang hanya 525 m dan darjah kecondongan mencapai 18.5%.
Tempat Ke-2 : Juancho E. Yrausquin Airport (Saba). Mempunyai jurang laut pada hujung landasannya. Sekiranya kapal terbang terlanjak, ia akan terus terjunam ke jurang laut.
Tempat Pertama: Princess Juliana International Airport (Saint Martin). Yang ni mediaserius tak tahu nak cakap macamana. Korang tengok la gambar dahsyat tak dahsyatnya lapangan terbang ni.
Akhir sekali, MediaSerius ingin berkongsi video mengenai PRINCESS JULIANA INTERNATIONAL AIRPORT.
Sumber : Mediaserius
0 comments:
Post a Comment