Samseng FaceBook Gilawesome !: Bagaimanakah dadah disembunyikan ?

Thursday, December 29, 2011

Bagaimanakah dadah disembunyikan ?

BODY-PACKED COURIERS : Sindiket menggunakan taktik melekatkan dadah pada tubuh badan.
Dadah disimpan dengan baik dalam beg bungkusan plastik, kemudian dilekat dan dibalut di bahagian paha supaya tidak mudah dikesan.
 Satu lapisan beg plastik hitam digunakan untuk membalut bungkusan dadah yang dilekatkan di paha.
 
 INTERNAL INGESTION COURIERS : Sindiket menggunakan taktik memasukkan dadah ke dalam tubuh badan. Adakah penagih dadah akan terus menghisap dadah sekiranya mereka mengetahui dadah yang mereka peroleh itu datangnya dengan cara sebegini ?
 INTERNAL INGESTION COURIERS : Bagi sesetengah ketulan atau bungkusan dadah yang tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan, maka pembedahan perlu dilakukan bagi mengeluarkan dadah yang disembunyikan di dalam badan. Dalam kes tertentu, bungkusan yang berada di dalam badan telah pecah dan menyebabkan kematian kepada pembawanya.
 Ketulan atau bungkusan dadah yang telah ditelan ke dalam tubuh badan dilepaskan keluar dengan bantuan ubat yang diberi kepada penjenayah atas nasihat pegawai perubatan.
 
 SUITCASE CONCEALMENT : Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam beg bimbit dengan memotong lapisan dalam beg tersebut.
 
 PAINTING CONCEALMENT : Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam lukisan dengan memasukkannya antara lukisan dengan bingkai gambar.
 
 FOOD ITEMS SUBSTITUTION : Bagi cubaan mengaburi mata pihak berkuasa, sindiket juga turut menggunakan taktik menggantikan kandungan asal makanan berpek dengan dadah.
Setelah dadah dimasukkan, pek tersebut dibungkus semula dengan rapi agar kelihatan seperti pek asal dan dibawa masuk ke dalam negara dengan menggunakan bagasi dan beg sandang supaya tidak disyaki.
 
 CARGO ARTIFACTS : Dadah dibawa masuk dengan menyembunyikannya di celah atau ruang kosong yang terdapat di dalam barang – barang yang diangkut menggunakan kargo.
 
 PERSONAL ITEMS CONCEALMENT : Sindiket menyembunyikan dadah melalui pakaian atau barangan peribadi.
1. Dadah disembunyikan di bawah pelapik kasut.
2. Dadah disembunyikan di dalam seluar atau pakaian dalam.
3. Dadah disembunyikan di antara ruang lapisan kain pada jaket dan dijahit semula supaya tidak dapat dikesan.
  PERSONAL ITEMS CONCEALMENT : Sindiket menyembunyikan dadah melalui pakaian atau barangan peribadi.
4. Dadah dilarutkan dan direndam bersama tuala.
5. Dadah dijadikan dalam bentuk ketulan sabun dan disembunyikan bersama ketulan sabun yang asli.

VEHICLE CONCEALMENT : Bahagian atau ruangan tersembunyi di dalam kenderaan seperti siling dan pintu digunakan untuk menyorokkan dadah.

FOOD STUFFED WITH DRUGS: Sindiket akan membuang kandungan / isi asal bahan makanan seperti buah – buahan, makanan dalam tin, juga telur dan disumbatkan dengan dadah. Ia kemudiannya akan ditutup semula dengan lapisan asal bahan makanan tersebut supaya sukar dikesan.

Sumber : PDRM

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...